Siapapun calon dari pihak BN pada PRU14 dan seterusnya, asal saja calon parti yang bersekongkol/bersubahat/bekerjasama dengan parti penjajah (BN-UMNO/PR(PH)), kita tetap tolak dan tentang habis-habisan! Sekali lagi, kita mesti tolak dan tentang habis-habisan!
Kita sudah 52 tahun (1963-2015) diperintah, diperalat, dimanipulasi, dipermainkan dan ditindas oleh "penjajah" (Persekutuan Tanah Melayu) yang sebenarnya bertopengkan nama "Persekutuan Malaysia".
- Cukup-cukuplah penjajahan Malaya itu!
- Cukup-cukuplah kita ditipu dalam IGC 1962, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963!
- Cukup-cukuplah Sabah ditipu dalam Memorandum 20 Perkara!
- Cukup-cukuplah Sabah ditipu dalam Perjanjian Minyak 1976!
- Cukup-cukuplah Sabah ditipu dalam Pindaan Perlembagaan Negeri Sabah 1994!
- Cukup-cukuplah kekayaan Sabah dirompak atas nama "Persekutuan Malaysia" dan "Kerajaan Pusat"!
- Cukup-cukuplah tanah Sabah dirampas, tanah NCR dirampas!
- Cukup-cukuplah 'Orang Asal Sabah' menjadi pelarian dan pengemis di bumi sendiri!
- Cukup-cukuplah hak-hak, kuasa dan maruah Negara Bangsa Sabah dicabul!
- Cukup-cukuplah kebanjiran Warga Asing /PTI itu!
- Cukup-cukuplah Projek IC itu!
- Cukup-cukuplah Projek Sijil Lahir itu!
- Cukup-cukuplah Projek Pengundi Hantu itu!
- Cukup-cukuplah Kewarganegaraan Songsang itu!
- Cukup-cukuplah orang Sabah diperkuda, diperalat, dieksploitasi!
- Cukup-cukuplah orang Sabah dipecah-belahkan, dilaga-lagakan!
- Cukup-cukuplah penyakit perkauman dan ekstremisme agama yang Malaya bawa ke Sabah!
- Cukup-cukuplah Malaya rampas hak-hak perkhidmatan dan perjawatan di Sabah!
- Cukup-cukuplah Malaya membawa agensi-agensi/jabatan-jabatan Persekutuan Malaya ke Sabah!
- Cukup-cukuplah Malaya mencampuri hal-ehwal politik Sabah!
- Cukup-cukuplah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan!
- Cukup-cukuplah kenaikan harga bahan api (minyak petrol, diesel dan gas)!
- Cukup-cukuplah kenaikan kos pengangkutan!
- Cukup-cukuplah kenaikan kos sara hidup itu!
- Cukup-cukupkah cukai-cukai pendapatan dan cukai GST itu!
- Cukup-cukuplah penurunan harga getah dan sawit itu!
- Cukup-cukuplah dasar kabotaj yang merugikan Sabah itu!
- Cukup-cukuplah penurunan nilai matawang RM itu!
- Cukup-cukuplah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa itu!
- Cukup-cukuplah kemunduran dan kemiskinan Sabah itu!
- Cukup-cukuplah menjadi Pak Angguk, Pak Turut, Pak Unta dan Pak Hamba kepada penjajah!
- Cukup-cukuplah menghidap Penyakit Sidrom Takut dan Penyakit Sindrom Bisu!
- Cukup-cukuplah mengemis politik dari penjajah!
- Cukup-cukuplah menjual maruah dan harga diri!
- Cukup-cukuplah menjual jati diri dan nasionalisme!
- Cukup-cukuplah menjual kedaulatan dan keselamatan Negara Bangsa Sabah!
- Cukup-cukuplah rakyat Sabah bercakaran, bersengketa, bergaduh sesama, bermusuhan sesama, benci-membenci, jatuh-menjatuh, buruk-memburuk, berpuak-puak dan berpecah-belah!
- Cukup-cukuplah Sabahan mengamalkan 'Budaya dan Mentaliti Tongkuyu' (Ketam)!
- Cukup-cukuplah menjadi proksi/ejen dan boneka kepada penjajah (Malaya)!
- Cukup-cukuplah menjadi petualang dan pengkhianat kepada Negara dan Bangsa Sabah!
- Cukup-cukuplah menjadi penakut, pengecut, dan dayus!
- Cukup-cukuplah sistem dan dasar-dasar lama yang jumud dan haprak itu!
- Cukup-cukuplah sistem dan model politik lama yang ketinggalan zaman itu!
- Cukup-cukuplah pemikiran pemimpin dan kerajaan lama yang konservatif, feudal, monarki dan autokratik itu!
- Cukup-cukuplah Malaya mengubah fakta sejarah kenegaraan Negara Sabah!
- Cukup-cukuplah Malaya menjajah minda rakyat Sabah melalui sistem pendidikan!
Enough and enough..! We must stop the imperialism and colonizer..!
Tidak guna kita terus-menerus diperintah oleh penjajah dan ejen-ejen penjajah yang telah menjadi pengkhianat kepada Negara dan Bangsa Sabah!
Pemimpin-pemimpin serta parti-parti politik tempatan yang bersekongkol/bersubahat/bekerjasama dengan parti-parti dari Malaya mesti ditolak dan ditentang habis-habisan pada pilihanraya akan datang!
Kehidupan kita hari ini dan generasi yang akan datang bergantung kepada kebijaksanaan dan keputusan politik kita hari ini.
Justeru, berfikirlah! Buat kajian, analisis, penilaian dan keputusan dengan bijak! Kemudian bertindaklah dengan bijak sebelum terlambat dan sebelum kehilangan semuanya!
"STAR SABAH MENANG, RAKYAT SABAH MENANG!"
"STAR SABAH MENANG, SABAH MAJU, SELAMAT DAN MAKMUR!"
Dr. Justin Ingin
CWC & Ketua Bahagian STAR N. 40 Labuk